Khamis, 25 September 2014

1.0       PENGENALAN
Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.
            Dengan kata lain, belajar adalah satu prosestindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Di samping itu, belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.
            Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup. Ramai yang menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa.
Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategitertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Seterusnya, Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar. Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.









2.0       KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI
2.1       DEFINISI
Pengurusan secara amnya dapat ditakrifkan sebagai satu proses untuk mencapai matlamat dengan cara yang cekap dan berkesan. Kata kunci dalam definisi ini adalah proses, kecekapan dan keberkesanan. Ia terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengemaskan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.
            Pengurusan telah wujud dalam beribu-ribu tahun dahulu. Kenyataan ini dapat dibuktikan dalam keterangan oleh pembinaan tembok besar china, sepanjang 6,400km dan dicipta sekitar 200SM. Ia salah satu daripada pembinaan yang boleh dilihat dari angkasa lepas. Satu lagi contoh yang biasa adalah piramid Mesir, yang telah dibina lebih daripada 5000 tahun yang lalu, dengan setiap piramid yang mengambil tempoh 10 tahun untuk menyiapkan kedua-dua pembinaan. Pembinaan ini memerlukan pengurusan beribu-ribu pekerja dan bahan binaan (orang dan struktur) supaya kerja dapat disiapkan. Ini terbukti bahawa pengurusan telah wujud sejak dahulu lagi.
 Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad ke-17 danke-18.
Sebuah organisasi harus dibentuk dengan sempurna. Banyak permasalahan yang timbul dalam sesebuah organisasi oleh kerana tidak diatur dengan betul. Oleh yang demikian, setiap organisasi perlu diuruskan dengan kemas untuk mencapai matlamat dengan cara yang cekap dan berkesan. Berdasarkan kenyataan ini, pengurusan sangat penting dalam sebuah organisasi supaya tidak timbul permasalahan yang tidak diingini berlaku. Ia merupakan proses memimpin dan mengarah dalam sesebuah organisasi dari segi pengaturan sumber manusia, kewangan, intelektual dan lain-lain.
Kini, banyak organisasi yang mempunyai masalah terutamanya organisasi perniagaan yang gagal menyelesaikan masalah pergolakan organisasi sehingga ada yang melibatkan syarikat gulung tikar. Sehubungan dengan itu, setiap organisasi perlu mengatur pengurusan dengan tertib. Di dalam pengurusan mempunyai empat proses pengurusan. Di bawah membincangkan tentang empat proses pengurusan tersebut.
2.2       TEKNIK MENENTUKAN MATLAMAT DIRI
Jika kita ingin berjaya, perkara utama ialah mendalami dahulu makna berjaya bagi kita. Apakah berjaya bagi kita bermakna wang, kemasyuran, kepuasan, pengaruh, kebahagiaan peribadi? Setelah kita mengetahui perkara yang kita inginkan, kita dapat menentukan tujuan dan membuat rancangan untuk mencapainya. Membuat rancangan adalah ciri tanggung jawab. Ramai remaja yang tidak mahu melakukan perancangan. Mereka lebih suka mengerjakan segala sesuatu seadanya, dengan harapan semua akan selesai dengan sendirinya. Ibu bapa harus membantu anaknya meningkatkan kebiasaan menentukan dan mengejar tujuannya.
Bagi remaja dalam dunia penuh dugaan ini, salah satu bahagian tanggung jawab adalah membahagi waktu dan menepati komitmen dan janji. Niat baik sahaja tidak cukup. Ibu bapa harus mengajarkan perancangan dan penentuan tujuan kepada remaja, agar remaja mampu menghadapi berbagai kewajipan sekolah, kegiatan sampingan, memiliki kehidupan sosial yang sihat, melakukan tugas rumah tangga dan bekerja dengan gigih. Penulis Stephen Covey menyatakan, manusia harus memulai kehidupan dengan menyedari tujuan akhirnya; orang yang merancang hidupnya dengan baik biasanya mendapatkan apa yang dia inginkan.
Membantu anak merancang masa depan adalah salah satu tugas ibu bapa yang terpenting, tetapi perkara itu tidak mudah dilakukan kerana beberapa alasan. Pertama, remaja cenderung lebih fokus pada apa yang akan terjadi pada akhir minggu ini daripada merancang kehidupan setelah lulus peperiksaan. Sukar untuk mengajak remaja memikirkan masa depan.Kedua, kehidupan sehari-hari kita sangat sibuk sehingga kadang kala sukar meluangkan waktu untuk melakukan perancangan jangka panjang. Namun tanpa perancangan, kita tidak dapat menjamin masa depan yang kita inginkan. Jadi, kita harus meyakinkan anak untuk menjadikan perancangan sebagai bahagian dalam hidupnya.Perkara tersebut mungkin perlu beberapa latihan perancangan jangka pendek, seperti melatih anak mengisi minyak kereta agar tidak kehabisan minyak di tengah jalan.
Perancangan jangka panjang adalah berupa pekerjaan yang sesuai atau berusaha agar jurusan yang dipilih dan aktiviti di IPTA sesuai dengan rancangan untuk masuk ke universiti. Dalam perbincangan kita dengan anak remaja kita tentang perancangan jangka panjang, seharusnya tercakup informasi tentang cara menentukan tujuan. Kunci kejayaan di bidang ini adalah bermula dari awal, jauh sebelum keperluan anak untuk membuat keputusan itu sendiri muncul. Untuk mendorong perancangan jangka pendek, ajari anak agar membiasakan diri melakukan inventarisasi mental dalam persiapan menghadapi peristiwa yang akan terjadi. Salah satu cara efektif untuk melakukan perancangan jangka pendek adalah dengan mengajukan pertanyaan siapa-apa-bila yang -mendefinisikan parameter dasar.
Aspek penting perencanaan jangka panjang adalah belajar menentukan tujuan. Penentuan tujuan mungkin kedengaran asing bagi remaja kerana remaja cenderung memfokuskan diri pada masa sekarang. Kita dapat menjadikan proses penentuan tujuan terasa lebih relevan bagi remaja dengan menjelaskan kepadanya bahawa proses tersebut adalah cara mengendalikan serta membentuk situasi agar menguntungkan dirinya.Salah satu cara mengajari remaja proses penentuan tujuan adalah mengajak remaja menulis tujuan yang ingin dicapai dan kemudian melakukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai tujuan itu.


2.3       KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA
Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
            Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.
            Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.
2.4       GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Pembelajaran akses kendiri (PAK) adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.
            Selain daripada itu, PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Adalah sangat penting murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya.
            Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluankeperluan lain. Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
2.5       KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Definisi komunikasi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraansurat, radio, telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar pendapat dan lain-lain). Komunikasi juga boleh didefinisi sebagai seseuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap daripada seorang individu kepada seorang yang lain De Vito (1978). Hybels dan Weaver 2 (1995) pula berpendapat komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis.
R. Wayne Pace(1984) mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman dengan individu-individu lain. Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain. Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang. Biasanya berbentuk dialog. Ia bercirikan tolak ansur lisan (verbal) iaitu orang biasanya mencelah antara satu sama lain. Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama lain sebagai individu.
Ciri-ciri khusus komunikasi bagi interpersonal dan intrapersonal.
Membina hubungan hubungan baik dilihat dalam situasi berikut kemesraan perhubungan dalam pertemuan, penyampaian masalahnya tanpa keraguan dan tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syarat. Hubungan baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat dirasai. Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di antara dua pihak akan dapat terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu.  Kemahiran memberi perhatian di dalam proses komunikasi, memberi perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan. Komunikasi bukan lisan dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu gaya badan (posture), gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri. Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam pemprosesan simbolik dari pesan- pesan. Seorang individu menjadi pengirim sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam proses internal yang berkelanjutan. Berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk komunikasi yang lainnya. Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator. Proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri). Merupakan landasan untuk melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri. Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia. Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik (pemerhati tingkah laku). Contoh kemahiran intrapersonal ialah muhasabah diri. Kita menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Berdoa  memohon sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala dan bersyukur serta berterima kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.
2.6       STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.
Minat terhadap apa yang dipelajari. Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang telah dipelajari. Belajar dengan tujuan untuk mengingat.Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh deria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.
Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru. Fahami dahulu sebelum mengingat. Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat tersebut di simpan dalam ingatan.

Panduan teknik asas menghafal.
Menyusun ingatan secara logik. Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. Mengingati fakta dalam satu rangkaian. Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
Latih tubi dan ulang berkali-kali. Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan. Menilai kembali apa yang dipelajari. Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.
Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.















3.0       KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et al. 1999). Pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif (Byerly et al. 1999). Menurut Mackenzie (1997), dalam garis panduan mengenai literasi maklumat untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang telah disediakan oleh Lau (2006). Literasi maklumat adalah satu “set kemahiran “ yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan, sepertitutorial dalam talian ; penggunaan teknik,seperti bekerja dalam kumpulan; dan penggunaan kaedah,seperti pergantungan kepada mentor; pembimbing ; dan omsbudman (Lau 2006).
Bentuk contoh literasi maklumat.
3.1       KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT
Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan pandang dengar. Bahan rujukan umum iaitu Kamus, Ensiklopedia, Kamus Biografi, Almanak / Buku Tahunan, Direktori dan Gazetir
Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya. Kamus khas memberi maklumat khas sahaja mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara kamus ini adalah seperti berikut seperti Kamus Sinonim/Antonim. Kamus kategori ini hanya seperti makna yang sama dan makna berlawanan untuk setiap perkataan
Contoh rajah proses mengumpul dan mempersembahkan maklumat.
Ensiklopedia ialah bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology. Ensiklopedia Khusus terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus atau mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Kamus Biografi merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latar belakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)
Almanak atau Buku Tahunan ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook.
Jurnal merupakan sumber penulisan ahli akademik. Jurnal biasanya ramai editor yang menilai dan memperakui artikel tersebut.(editor- adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut).Terbitan jurnal adalah berkala atau bersiri. Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang di susun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak.Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun terbitan. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.
3.2       TEKNIK MEMBACA
Tumpukan perhatian kepada memahami dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.
            Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.
            Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu. Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: “A picture is worth a thousand words”.
Contoh teknik membaca SQ3R
3.3       KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MENCATAT NOTA
Aspek yang penting dalam kuliah adalah pengambilan nota. Catatan atau nota diperlukan untuk mengingati bahan yang diberikan dalam kuliah . Nota hendaklah ditulis dengan terang ,jelas dan dapat dibaca untuk sesi ulang kaji. Pelajar seharusnya menyediakan ruang dalam kertas catatan untuk pembetulan dan maklumat tambahan yang berkaitan . Amat baik sekali jika pelajar meninggalkan satu pertiga ruang kosong di sebelah kanan buku catatan untuk tujuan tersebut.Sebaik-baiknya, nota yang dicatat dalam kuliah dikekalkan dan sebarang pembetulan dilakukan diatas kertas yang sama. Ini kerana masa untuk menyalin semula nota amat berharga dan lebih bermanfaat kalau digunakan untuk kerja lain.
            Dalam kes kuliah yang diberi sebagai garis kasar, pelajar perlu menambahkan catatannya dengan bahan daripada bahan rujukan lain .Untuk mengetahui had sebanyak mana atau sedalam mana catatan yang diperlukan , pelajar perlu menggunakan skop kursus, silibus kursus dan juga panduan dari pensyarah terlibat. Pelajar perlu sedar , syarahan atau kuliah mengandungi isi utama,bahan bantuan dan bahan simpangan. Isi utama adalah titik pentimg yang hendak disampaikan sementara bahan bantuan sebagai contoh untuk menerangkan isi penting tersebut. Perkara yang tidak bersangkutan dengan bahan utama biasanya diberi oleh pensyarah kerana terlajak , ataupun bahan-bahan lucu untuk menenangkan dan menyegarkan suasana.
Contoh mengambil nota secara ‘mind map’
Pelajar perlu melatih diri menangkap isi utama yang dibincangkan oleh pensyarah . Isi utamalah yang wajib difahami dan dicatat di dalam nota pelajar .Tidak semua butir-butir perlu diambil, ambil hanya isi utama, kata kunci dan sedikit penerangan yang membantu pemahaman pelajar.Ada baiknya pelajar berbincang bersama rakan untuk menyemak sama ada apa yang ditangkapnya sebagai isi utama itu dipersetujui oleh rakan-rakannya.
Setelah itu , pelajar perlulah melakukan bacaan tambahan dan merujuk kepada buku yang digunakan oleh pensyarah. Pelajar juga boleh mendpatkan rujukan tambahan berdasarkan bibliografi buku yang digunakan tadi.Contoh-contoh soalan peperiksaan dan soalan latihan juga boleh digunakan sebagai sumber maklumat tambahan untuk mengisi garis kasar yang diberikan pensyarah di dalam kuliah. Nota yang lengkap amat penting dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan.Nota yang lengkap adalah nota yang mengandungi bahan utama,bahan bantuan seperti contoh dan butiran yang membantu pemahaman yang diambil dengan cekap dan pantas.
3.4       KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT
Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan yg bakal diambil. Data Kualitif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis. Menghubungkaitkan fakta membuat Mengsintesis kesimpulan data membaca yang membandingkan tersirat fakta.
            Terdapat 5 langkah yang perlu dilakukan. Langkah pertama ialah tengok maklum balas secara lalu. Kemudian ambil nota berdasarkan tema yg muncul, iaitu sama ada isu atau faktor. Seterusnya, cari item yg berulang atau penting. Ini boleh dilakukan menerusi pemerhatian daripada video, pendengaran audio. Kemudian temubual, rekod dan taip semula. Boleh guna bentuk jadual, ditulis mengikut tema. Seterusnya, Pilih tiga hingga empat tema atau kategori yang muncul dan bina matriks.Buat carta bukti tentang tema utama. Letak tema atau kategori tersebut dan senaraikan pelajar di bahagian tepi.Boleh guna kod warna untuk membuat perbezaan mengikut kategori.
Selanjutnya, bincang tinjauan dengan pendidik lain. Baca tinjauan (soal selidik) dan  highlight kata kunci tentang tema atau kategori yang telah dikenalpasti. Rekodkan dapatan dalam kotak yg bersesuaian iaitu pada carta matriks. Tanya apa yg telah anda dapat? Rekod pemerhatian iaitu pola konsep dan pola sikap. Tulis dan rekod pemerhatian. Kesimpulan yang boleh dibuat direkodkan.
Contoh model Pemprosesan Maklumat.

3.5       PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan. Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
            Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleh Berjaya1' atau ‘You Can Do It'. Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya,










4.0       KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
            Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
4.1       FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
            Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
            Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
            . Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
            Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
4.2       PERISIAN UTILITI
Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi. Perisian utiliti biasanya di sepadukan dengan kebanyakkan sistem pengendalian atau dipasang secara berasingan. Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu os based utility dan non-os based utility. 
Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner dan penyusunan cekera (Disk defragmenter). Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer. Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive. Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak. Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.
Walaupun hard drive semakin canggih  namun masih lagi terdapat kelemahannya dari segi penjagaan drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan). Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi. Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan menjadikan komputer lebih laju.
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu perlindungan virus dan utiliti pemampatan. Perisian ini wajib dipasang pada setiap computer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan computer anda daripada serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat, dan ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus yang di kesan. Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.
 
Contoh Perisian Utiliti yang berada di pasaran.
 Utiliti pemampatan data digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk menjimatkan ruang penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan masa memuat turun fail. Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen, fail video, fail grafik atau fail audio. Fail yang dimampat di panggil termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara contoh perisian pemampatan fail yang popular adalah WinZip, WinRAR dan PKZIP.
4.3       PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN (WORD)
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen. Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu mencipta dokumen dan menyunting semula. Kedua, mencetak teks bersama grafik seperti surat,notis, kertas kerja dan lain-lain. Ketiga, menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip kedalam cakera. Terakhir mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu denganya. Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft word, lotus AMI Pro, Star Office Writter dan texmaker.
4.4       PERISIAN HAMPARAN KERJA (EXCEL)
Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan pengiraan. Ia boleh membuat pengiraan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada baris dan lajur apabila nombor-nombor ditukar. Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu mencipta , menyimpan, memadam atau mengedit rekod. Selain itu, ia boeh menyusun dan menisih rekod. Seterusnya, membuat pengiraan matematik, statistic, kewanhan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan fungsi. Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta.
4.5       PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK (POWERPOINT)
Perisin ini membantu Pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungkan unsure animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. Kelebihan perisian ini adalah dapat menarik minat penonton atau pengguna. Bukan itu sahaja, ia juga memberi motivasi kepada pengguna dan penonton. Ia juga mudah difahami oleh penonton dan pengguna. Contoh perisian ini adalah Microsoft Power Point, Harvard Graphic dan lotus FreeLance.

4.6       PERISIAN PENGKALAN DATA (EXCESS)
Perisian pengkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem. pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angaka dan fakta-fakta. pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk jadual. Merupakan satu objek dalam pengkalan data yang mana angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur. Carian merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pengkalan data, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi atau keputusan peperiksaan.
            Borang merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data. Laporan merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu,output dari segi pengiraan, tajuk,graf,gambar rajah dan maklumat lain yang dirasakan perlu. Makro digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatic akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain.
4.7       BLOG
Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk negara. Bagi mereka yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan atau buku log namun secara dalam talian online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini Blog adalah catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingini nya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia.
Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger.

Contoh muka depan sesebuah blog.