1.0 PENGENALAN
Sebelum merujuk kepada definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu
perlu merujuk kepada pengertian kemahiran dan juga pengertian belajar. Menurut
Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan
yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam
otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi
yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.
Dengan kata lain, belajar
adalah satu prosestindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan
suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar
juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses
maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau
peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Di samping itu, belajar
adalah cara memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan,
tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat boleh didapati dalam
diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga
turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan
bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang
menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak
langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya
tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.
Namun, dalam keadaan
sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai,
golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa
secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar
kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah
belajar dari pengalaman hidup. Ramai yang menganggap belajar hanya boleh
berlaku di dalam kelas, bersama guru yang mengajar, mengambil nota, dan
mengulangkaji untuk peperiksaan. Hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana
dan bila-bila malah dengan sesiapapun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia
telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal
ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal
persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan,
pendengaran, bau dan rasa.
Manakala, definisi bagi kemahiran belajar adalah
proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.
Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah
diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib
(2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi
motif dan strategitertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil
pembelajaran tertentu. Seterusnya, Dunn
dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang
positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru
itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar
untuk diketengahkan kepada para pelajar. Menurut Selmes (1987), Kemahiran Belajar adalah kemahiran yang membolehkan
seseorang pelajar itu mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan
menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran Belajar merupakan keupayaan dan
kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan
menyimpan maklumat serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup.
Kesimpulannya, dalam usaha untuk mendapatkan kejayaan
akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu
menitikberatkan gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar yang diamalkan supaya
dapat mengurangkan masalah belajar setiap pelajar.
2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI
2.1 DEFINISI
Pengurusan secara amnya dapat ditakrifkan sebagai satu proses untuk
mencapai matlamat dengan cara yang cekap dan berkesan. Kata kunci dalam
definisi ini adalah proses, kecekapan dan keberkesanan. Ia terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih
orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengemaskan kumpulan tersebut
untuk mencapai sesuatu matlamat.
Pengurusan telah wujud
dalam beribu-ribu tahun dahulu. Kenyataan ini dapat dibuktikan dalam keterangan
oleh pembinaan tembok besar china, sepanjang 6,400km dan dicipta sekitar 200SM.
Ia salah satu daripada pembinaan yang boleh dilihat dari angkasa lepas. Satu
lagi contoh yang biasa adalah piramid Mesir, yang telah dibina lebih daripada
5000 tahun yang lalu, dengan setiap piramid yang mengambil tempoh 10 tahun
untuk menyiapkan kedua-dua pembinaan. Pembinaan ini memerlukan pengurusan beribu-ribu
pekerja dan bahan binaan (orang dan struktur) supaya kerja dapat disiapkan. Ini
terbukti bahawa pengurusan telah wujud sejak dahulu lagi.
Kata kerja
"mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare
(menangani), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus
(tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement
(kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud
perkataan bahasa Inggeris, management pada abad ke-17 danke-18.
Sebuah organisasi harus dibentuk dengan sempurna.
Banyak permasalahan yang timbul dalam sesebuah organisasi oleh kerana tidak
diatur dengan betul. Oleh yang demikian, setiap organisasi perlu diuruskan
dengan kemas untuk mencapai matlamat dengan cara yang cekap dan berkesan.
Berdasarkan kenyataan ini, pengurusan sangat penting dalam sebuah organisasi
supaya tidak timbul permasalahan yang tidak diingini berlaku. Ia merupakan
proses memimpin dan mengarah dalam sesebuah organisasi dari segi pengaturan
sumber manusia, kewangan, intelektual dan lain-lain.
Kini, banyak organisasi yang mempunyai masalah
terutamanya organisasi perniagaan yang gagal menyelesaikan masalah pergolakan
organisasi sehingga ada yang melibatkan syarikat gulung tikar. Sehubungan
dengan itu, setiap organisasi perlu mengatur pengurusan dengan tertib. Di dalam
pengurusan mempunyai empat proses pengurusan. Di bawah membincangkan tentang
empat proses pengurusan tersebut.
2.2 TEKNIK MENENTUKAN MATLAMAT DIRI
Jika kita ingin berjaya, perkara utama ialah mendalami dahulu makna berjaya
bagi kita. Apakah berjaya bagi kita bermakna wang, kemasyuran, kepuasan,
pengaruh, kebahagiaan peribadi? Setelah kita mengetahui perkara yang kita
inginkan, kita dapat menentukan tujuan dan membuat rancangan untuk mencapainya.
Membuat rancangan adalah ciri tanggung jawab. Ramai remaja yang tidak mahu
melakukan perancangan. Mereka lebih suka mengerjakan segala sesuatu seadanya,
dengan harapan semua akan selesai dengan sendirinya. Ibu bapa harus membantu
anaknya meningkatkan kebiasaan menentukan dan mengejar tujuannya.
Bagi remaja dalam dunia penuh dugaan ini, salah satu
bahagian tanggung jawab adalah membahagi waktu dan menepati komitmen dan janji.
Niat baik sahaja tidak cukup. Ibu bapa harus mengajarkan perancangan dan
penentuan tujuan kepada remaja, agar remaja mampu menghadapi berbagai kewajipan
sekolah, kegiatan sampingan, memiliki kehidupan sosial yang sihat, melakukan
tugas rumah tangga dan bekerja dengan gigih. Penulis Stephen Covey menyatakan, manusia harus memulai kehidupan dengan
menyedari tujuan akhirnya; orang yang merancang hidupnya dengan baik biasanya
mendapatkan apa yang dia inginkan.

Membantu anak merancang masa depan adalah salah satu
tugas ibu bapa yang terpenting, tetapi perkara itu tidak mudah dilakukan kerana
beberapa alasan. Pertama, remaja cenderung lebih fokus pada apa yang akan
terjadi pada akhir minggu ini daripada merancang kehidupan setelah lulus peperiksaan.
Sukar untuk mengajak remaja memikirkan masa depan.Kedua, kehidupan sehari-hari
kita sangat sibuk sehingga kadang kala sukar meluangkan waktu untuk melakukan
perancangan jangka panjang. Namun tanpa perancangan, kita tidak dapat menjamin
masa depan yang kita inginkan. Jadi, kita harus meyakinkan anak untuk
menjadikan perancangan sebagai bahagian dalam hidupnya.Perkara tersebut mungkin
perlu beberapa latihan perancangan jangka pendek, seperti melatih anak mengisi
minyak kereta agar tidak kehabisan minyak di tengah jalan.
Perancangan jangka panjang adalah berupa pekerjaan
yang sesuai atau berusaha agar jurusan yang dipilih dan aktiviti di IPTA sesuai
dengan rancangan untuk masuk ke universiti. Dalam perbincangan kita dengan anak
remaja kita tentang perancangan jangka panjang, seharusnya tercakup informasi
tentang cara menentukan tujuan. Kunci kejayaan di bidang ini adalah bermula
dari awal, jauh sebelum keperluan anak untuk membuat keputusan itu sendiri muncul.
Untuk mendorong perancangan jangka pendek, ajari anak agar membiasakan diri
melakukan inventarisasi mental dalam persiapan menghadapi peristiwa yang akan
terjadi. Salah satu cara efektif untuk melakukan perancangan jangka pendek
adalah dengan mengajukan pertanyaan siapa-apa-bila yang -mendefinisikan
parameter dasar.
Aspek penting perencanaan jangka panjang adalah
belajar menentukan tujuan. Penentuan tujuan mungkin kedengaran asing bagi
remaja kerana remaja cenderung memfokuskan diri pada masa sekarang. Kita dapat
menjadikan proses penentuan tujuan terasa lebih relevan bagi remaja dengan
menjelaskan kepadanya bahawa proses tersebut adalah cara mengendalikan serta
membentuk situasi agar menguntungkan dirinya.Salah satu cara mengajari remaja
proses penentuan tujuan adalah mengajak remaja menulis tujuan yang ingin
dicapai dan kemudian melakukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mencapai tujuan itu.
2.3 KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA
Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan
menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh
itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar
semua umat Islam berbuat demikian. Sehubungan dengan perkara itu , Profesor Yusof al-Qurdhwi menyatakan
bahawa: Masa merupakan harta manusia yang paling berharga.Orang yang membuang
masa dengan percuma sebenarnya menganiaya dirinya sendiri.
Sebagai seorang
pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil
perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh
menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa
merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar.
Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan
dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa
yang mereka punyai.

Di antara cara yang
boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan
sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual
waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh
kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda
lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan
aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata
pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.Perlu
diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap
sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar
untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti
penting semasa.
2.4 GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI
Pembelajaran akses kendiri (PAK) adalah satu kaedah pendekatan
pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara
berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses
kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut
minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.
Selain daripada itu,
PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran
dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran
akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya
murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan
dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru
merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses
kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha
memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana
pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya
murid itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Adalah sangat penting
murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya.

Pembelajaran akses
kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada
ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluankeperluan lain.
Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih
berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas
mengenai pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri
menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh
berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
2.5 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Definisi komunikasi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka juga komunikasi
pula ialah berhubungan secara langsung atau dengan perantaraansurat, radio,
telefon dan lain-lain dan mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang,
bertukar pendapat dan lain-lain). Komunikasi juga boleh didefinisi sebagai seseuatu
proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang
individu kepada individu yang lain. Suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap
daripada seorang individu kepada seorang yang lain De Vito (1978). Hybels dan Weaver 2 (1995) pula berpendapat komunikasi
ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa
kesan dan maklum balas yang serta merta. Komunikasi dari perspektif Islam ialah
proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan
prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis.
R. Wayne Pace(1984) mengatakan
bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung
antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi interpersonal juga
boleh diertikan sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman
dengan individu-individu lain. Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara
orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan orang membalas secara terus
antara satu sama lain. Biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang.
Biasanya berbentuk dialog. Ia bercirikan tolak ansur lisan (verbal) iaitu orang
biasanya mencelah antara satu sama lain. Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam
satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara satu sama
lain sebagai individu.

Ciri-ciri khusus komunikasi bagi interpersonal dan intrapersonal.
Membina hubungan hubungan baik dilihat dalam situasi
berikut kemesraan perhubungan dalam pertemuan, penyampaian masalahnya tanpa keraguan
dan tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan sepenuhnya tanpa syarat. Hubungan
baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua dapat
dirasai. Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik di antara dua pihak akan
dapat terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi itu. Kemahiran memberi perhatian di dalam proses
komunikasi, memberi perhatian merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun
ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan. Komunikasi bukan lisan dibahagikan
kepada beberapa komponen, iaitu gaya badan (posture),
gerak isyarat, air muka, kontak mata, dan juga nada suara.
Komunikasi intrapribadi atau komunikasi intrapersonal
adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator
sendiri. Merupakan keterlibatan internal secara aktif dari individu dalam
pemprosesan simbolik dari pesan- pesan. Seorang individu menjadi pengirim
sekaligus penerima pesan, memberikan umpan balik bagi dirinya sendiri dalam
proses internal yang berkelanjutan. Berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang
yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses
berkomunikasi dengan dirinya. Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan,
keputusan, memberikan sebab dan akibat.
Komunikasi intrapersonal dapat menjadi pemacu bentuk
komunikasi yang lainnya. Pengetahuan mengenai diri peribadi melalui
proses-proses psikologis seperti persepsi dan kesedaran terjadi saat
berlangsungnya komunikasi intrapribadi oleh komunikator. Proses komunikasi yang
terjadi dalam diri individu (dengan diri sendiri). Merupakan landasan untuk
melakukan komunikasi intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang
lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita dengan diri sendiri.
Terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang diamati mendapatkan
rangsangan pancaindera kemudian mengalami proses perkembangan dalam fikiran
manusia. Mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi behavioristik
(pemerhati tingkah laku). Contoh kemahiran intrapersonal ialah muhasabah diri.
Kita menilai tentang segala perkara yang telah dilakukan sama ada yang baik
atau yang buruk dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi
insan yang lebih baik. Berdoa memohon
sesuatu perkara yang diminta daripada Allah Taala dan bersyukur serta berterima
kasih di atas segala apa yang diperolehi melalui pemberian Allah.
2.6 STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas. Tidak semua
perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia
boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara
yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang
boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.
Minat terhadap apa yang dipelajari. Ini adalah syarat
yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak
diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa
yang telah dipelajari. Belajar dengan tujuan untuk mengingat.Belajar dengan
tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu,
apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati
apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik
sahaja sesuatu maklumat diterima oleh deria anda dan kemudian disalurkan ke
otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat
anda begitu jelas.
Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Sama ada
anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang
tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan
daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda.
Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa
yang diajar atau disampaikan oleh guru. Fahami dahulu sebelum mengingat. Anda
perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat
tersebut di simpan dalam ingatan.

Panduan teknik asas menghafal.
Menyusun ingatan secara logik. Lebih mudah untuk
mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu
rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah
kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. Mengingati
fakta dalam satu rangkaian. Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu
fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait
rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika satu-satu fakta
itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
Latih tubi dan ulang berkali-kali. Ingatan anda
menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih
tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan. Menilai kembali apa
yang dipelajari. Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap
maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah
perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan
yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk
menguji ketajaman ingatan anda.
Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk
menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi
perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran belajar
bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan
kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar
dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem pembelajaran akan berjalan
dengan lebih lancar dan terarah.
3.0 KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari
segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan
maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat (Byerly et al. 1999). Pelajar yang celik maklumat seharusnya bukan
sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan cekap semasa proses pengumpulan
maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat
tersebut dengan tepat dan kreatif (Byerly
et al. 1999). Menurut Mackenzie
(1997), dalam garis panduan mengenai literasi maklumat untuk Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang telah disediakan oleh Lau (2006). Literasi maklumat adalah satu “set kemahiran “ yang
boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap
pembelajaran itu sendiri, penggunaan alatan, sepertitutorial dalam talian ;
penggunaan teknik,seperti bekerja dalam kumpulan; dan penggunaan kaedah,seperti
pergantungan kepada mentor; pembimbing ; dan omsbudman (Lau 2006).

Bentuk contoh
literasi maklumat.
3.1 KEMAHIRAN MENGUMPUL MAKLUMAT
Bahan rujukan menyediakan maklumat-maklumat asas yang tulen atau boleh
dipercayai mengenai beberapa perkara. Ianya memberi penerangan ringkas dan
gambaran keseluruhan mengenai sesuatu idea . Ada juga mengandungi maklumat tentang
sumber-sumber rujukan seperti buku, majalah, serial, dokumen, akhbar dan bahan
pandang dengar. Bahan rujukan umum iaitu Kamus, Ensiklopedia, Kamus Biografi,
Almanak / Buku Tahunan, Direktori dan Gazetir
Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata yang
disusun menurut abjad dengaan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalaam
bahasa yang sama ataaau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang
perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan
tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan.
Contoh-contoh Kamus ialah Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu
Dewan, Kamus Arab dan sebagainya. Kamus khas memberi maklumat khas sahaja
mengenai sesuatu perkara atau bidang. Antara kamus ini adalah seperti berikut
seperti Kamus Sinonim/Antonim. Kamus kategori ini hanya seperti makna yang sama
dan makna berlawanan untuk setiap perkataan

Contoh rajah proses mengumpul dan mempersembahkan maklumat.
Ensiklopedia ialah bahan yang mengandungi pelbagai
maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum
yang asas serta penerangan ringkas mengenai definisi, gambaran, penjelasan,
sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi. Bertujuan untuk menjadi
bahan rujukan: mengandungi artikel-artikel penyelidikan, bibliografi
bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir,
tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap
artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh
Ensiklopedia ialah Encylopedia Britannica,
The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology. Ensiklopedia
Khusus terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi
keterangan yang lebih khusus atau mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang
yang berkenaan.
Kamus Biografi merupakan sketsa riwayat hidup yang
disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adlah keterangan ringkas mengenai
tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latar belakang,
kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus
Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan
(meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada
tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan)
Almanak atau Buku Tahunan ialah satu komponen
data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan
sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih
umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu
sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi
negara atau bidang-bidang tertentu:untuk menunjukkan aliran (trend)
perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan
punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh
utama dlam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas.
Contoh-contoh Almanak / Buku Tahunan iaitu Reader’s
Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia
Yearbook.
Jurnal merupakan sumber penulisan ahli akademik.
Jurnal biasanya ramai editor yang menilai dan memperakui artikel
tersebut.(editor- adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut).Terbitan
jurnal adalah berkala atau bersiri. Bibliografi merupakan satu senarai nama
buku atau daftar penerbitan yang di susun mengikut nama pengarang,judul atau
subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di bahagian akhiran
sesebuah bahan penerbitan bercetak.Bibliografi mengandungi judul buku, nama
pengarang, tempat dan tahun terbitan. Bibliografi terdiri daripada beberapa
jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara,
negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang
dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada
suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi
bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi
Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk
membeli dan menjual buku.
3.2 TEKNIK MEMBACA
Tumpukan perhatian kepada memahami dan mendapat idea-idea atau
fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda.
Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah
mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika
anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca
boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca,
minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula
akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.
Sekiranya terdapat
perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda
tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting.
Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses
pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak
fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.
Setiap perkataan baru
yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku
khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai
bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan
dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan
pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun
kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan
anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang
terkandung dalam buku itu. Anda hendaklah memberi perhatian kepada
gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah
mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan
anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina
ini: “A picture is worth a thousand
words”.

Contoh teknik
membaca SQ3R
3.3 KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MENCATAT NOTA
Aspek yang penting dalam kuliah adalah pengambilan nota. Catatan atau
nota diperlukan untuk mengingati bahan yang diberikan dalam kuliah . Nota
hendaklah ditulis dengan terang ,jelas dan dapat dibaca untuk sesi ulang kaji.
Pelajar seharusnya menyediakan ruang dalam kertas catatan untuk pembetulan dan
maklumat tambahan yang berkaitan . Amat baik sekali jika pelajar meninggalkan
satu pertiga ruang kosong di sebelah kanan buku catatan untuk tujuan
tersebut.Sebaik-baiknya, nota yang dicatat dalam kuliah dikekalkan dan sebarang
pembetulan dilakukan diatas kertas yang sama. Ini kerana masa untuk menyalin
semula nota amat berharga dan lebih bermanfaat kalau digunakan untuk kerja lain.
Dalam kes kuliah yang
diberi sebagai garis kasar, pelajar perlu menambahkan catatannya dengan bahan
daripada bahan rujukan lain .Untuk mengetahui had sebanyak mana atau sedalam
mana catatan yang diperlukan , pelajar perlu menggunakan skop kursus, silibus
kursus dan juga panduan dari pensyarah terlibat. Pelajar perlu sedar , syarahan
atau kuliah mengandungi isi utama,bahan bantuan dan bahan simpangan. Isi utama
adalah titik pentimg yang hendak disampaikan sementara bahan bantuan sebagai
contoh untuk menerangkan isi penting tersebut. Perkara yang tidak bersangkutan
dengan bahan utama biasanya diberi oleh pensyarah kerana terlajak , ataupun
bahan-bahan lucu untuk menenangkan dan menyegarkan suasana.

Contoh
mengambil nota secara ‘mind map’
Pelajar perlu melatih diri menangkap isi utama yang
dibincangkan oleh pensyarah . Isi utamalah yang wajib difahami dan dicatat di
dalam nota pelajar .Tidak semua butir-butir perlu diambil, ambil hanya isi
utama, kata kunci dan sedikit penerangan yang membantu pemahaman pelajar.Ada
baiknya pelajar berbincang bersama rakan untuk menyemak sama ada apa yang
ditangkapnya sebagai isi utama itu dipersetujui oleh rakan-rakannya.
Setelah itu , pelajar perlulah melakukan bacaan
tambahan dan merujuk kepada buku yang digunakan oleh pensyarah. Pelajar juga
boleh mendpatkan rujukan tambahan berdasarkan bibliografi buku yang digunakan
tadi.Contoh-contoh soalan peperiksaan dan soalan latihan juga boleh digunakan
sebagai sumber maklumat tambahan untuk mengisi garis kasar yang diberikan
pensyarah di dalam kuliah. Nota yang lengkap amat penting dalam persediaan
untuk menghadapi peperiksaan.Nota yang lengkap adalah nota yang mengandungi
bahan utama,bahan bantuan seperti contoh dan butiran yang membantu pemahaman
yang diambil dengan cekap dan pantas.
3.4 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT
Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat
berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan yg bakal diambil.
Data Kualitif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu
memudahkan proses analisis. Menghubungkaitkan fakta membuat Mengsintesis
kesimpulan data membaca yang membandingkan tersirat fakta.
Terdapat 5 langkah yang
perlu dilakukan. Langkah pertama ialah tengok maklum balas secara lalu.
Kemudian ambil nota berdasarkan tema yg muncul, iaitu sama ada isu atau faktor.
Seterusnya, cari item yg berulang atau penting. Ini boleh dilakukan menerusi
pemerhatian daripada video, pendengaran audio. Kemudian temubual, rekod dan
taip semula. Boleh guna bentuk jadual, ditulis mengikut tema. Seterusnya, Pilih
tiga hingga empat tema atau kategori yang muncul dan bina matriks.Buat carta
bukti tentang tema utama. Letak tema atau kategori tersebut dan senaraikan
pelajar di bahagian tepi.Boleh guna kod warna untuk membuat perbezaan mengikut
kategori.
Selanjutnya, bincang tinjauan dengan pendidik lain. Baca
tinjauan (soal selidik) dan highlight
kata kunci tentang tema atau kategori yang telah dikenalpasti. Rekodkan dapatan
dalam kotak yg bersesuaian iaitu pada carta matriks. Tanya apa yg telah anda
dapat? Rekod pemerhatian iaitu pola konsep dan pola sikap. Tulis dan rekod pemerhatian.
Kesimpulan yang boleh dibuat direkodkan.

Contoh model Pemprosesan Maklumat.
3.5 PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan
anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin
lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan
anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan
menghadapi peperiksaan. Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam
terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini
ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda
berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya
harinya.
Tanamkan azam dan
semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi
strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding
dengan tulisan seperti ‘Anda Boleh Berjaya1' atau ‘You Can Do It'. Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan
gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak
mengambil peperiksaan. Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan
peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad
metrik atau kad pengenalan dan sebagainya,
4.0 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh
berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan
untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala
aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah:
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Definisi teknologi
maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam
penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul
maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai
pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses
semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan
bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan
maklumat daripada sumber kepada penerima.
4.1 FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai
jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan,
pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh
maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan
menyebarkan maklumat. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu
pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan
dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya
ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi
dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang
melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai
rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar,
hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian
dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997
) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen
yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi
membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
Guru-guru juga boleh
memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi
komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan
perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan
perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan
lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds
( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu
organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus
dengan “insight” ke atas operasi
organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih
berkesan dan lebih cekap.
Pendidikan jarak jauh
dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa
semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini
tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah
daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran
tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara
persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun
kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan
yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
. Masa kini, semakin
banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan
mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya
penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai
situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan,
apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk
tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
Dengan adanya rangkaian
teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan.
Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan
pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan
bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan
aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan
sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional
yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.
4.2 PERISIAN UTILITI
Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang
berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem
pengendalian dan perisian aplikasi. Perisian utiliti biasanya di sepadukan
dengan kebanyakkan sistem pengendalian atau dipasang secara berasingan.
Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu os based utility dan non-os
based utility.
Os based
utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan
Disk atau Disk Scanner dan
penyusunan cekera (Disk defragmenter).
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan
dengan sistem operasi seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang
digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive. Manakala
fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini
akan memberikan laporan yang mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan
jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi pengguna untuk
menggunakan aplikasi Scan Disk kerana
memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak. Dengan itu, barulah ada
jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.
Walaupun hard drive semakin canggih namun masih lagi terdapat kelemahannya dari
segi penjagaan drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti
akan menjadi Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan
dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna
komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan). Bahagian-bahagian fail
yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan
noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka
semakin berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa
mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk
menyusun semula fail noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan
penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi.
Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan
menjadikan komputer lebih laju.
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu
perlindungan virus dan utiliti pemampatan. Perisian ini wajib dipasang pada
setiap computer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan computer
anda daripada serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat,
dan ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus yang di
kesan. Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail
tandatangan virus (virus IDE) antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security, Avira Antivirus,
Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.

Contoh Perisian Utiliti yang berada di pasaran.
Utiliti
pemampatan data digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk menjimatkan
ruang penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan
masa memuat turun fail. Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen, fail
video, fail grafik atau fail audio. Fail yang dimampat di panggil termampat
(zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara contoh perisian
pemampatan fail yang popular adalah WinZip,
WinRAR dan PKZIP.
4.3 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN (WORD)
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan
ganti, cantum e-mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana
kandungan dan import/eksport dokumen. Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu mencipta
dokumen dan menyunting semula. Kedua, mencetak teks bersama grafik seperti
surat,notis, kertas kerja dan lain-lain. Ketiga, menyimpan memo atau dokumen
yang telah ditaip kedalam cakera. Terakhir mencapainya di lain masa,
mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu denganya.
Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft
word, lotus AMI Pro, Star Office Writter dan texmaker.
4.4 PERISIAN HAMPARAN KERJA (EXCEL)
Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan pengiraan. Ia boleh membuat
pengiraan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan
secara automatik pada baris dan lajur apabila nombor-nombor ditukar. Perisian
ini mempunyai kelebihan iaitu mencipta , menyimpan, memadam atau mengedit rekod.
Selain itu, ia boeh menyusun dan menisih rekod. Seterusnya, membuat pengiraan matematik,
statistic, kewanhan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan fungsi. Memaparkan
maklumat dalam bentuk jadual dan carta.
4.5 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
(POWERPOINT)
Perisin ini membantu Pembina perisian membuat persembahan dengan
mengabungkan unsure animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik
perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. Kelebihan
perisian ini adalah dapat menarik minat penonton atau pengguna. Bukan itu
sahaja, ia juga memberi motivasi kepada pengguna dan penonton. Ia juga mudah
difahami oleh penonton dan pengguna. Contoh perisian ini adalah Microsoft Power Point, Harvard Graphic
dan lotus FreeLance.
4.6 PERISIAN PENGKALAN DATA (EXCESS)
Perisian pengkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau
pengkalan data dalam sesebuah sistem. pengkalan data merupakan satu koleksi
maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angaka dan fakta-fakta.
pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk jadual.
Merupakan satu objek dalam pengkalan data yang mana angka dan fakta disimpan
dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur. Carian merupakan maklumat yang
ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pengkalan data, sama ada mengenai nama
pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi atau keputusan peperiksaan.
Borang merupakan satu
bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat
data. Laporan merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan
ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu,output dari segi
pengiraan, tajuk,graf,gambar rajah dan maklumat lain yang dirasakan perlu. Makro
digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan membolehkan
objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatic akan
membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang
untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain.
4.7 BLOG
Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk
negara. Bagi mereka yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu
tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku
catatan atau buku log namun secara dalam talian online. Ringkas nya ia ditakrifkan
begini Blog adalah catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa
jua yang diingini nya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua
diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan
pengguna internet seluruh dunia.
Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia
atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara
yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik
penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi
maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik. Selain daripada
berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan
persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka.
Biasanya ada shoutblox untuk
tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog
juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya.
Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger.

Contoh muka depan sesebuah blog.